Nak print T-Shirt untuk program atau event? Dalam artikel kali ini, kami ingin kongsi kepada anda semua, tentang jenis-jenis material T-Shirt sebelum anda ingin membuat sebarang tempahan print T-Shirt.
1.100% Cotton
Material cotton adalah sangat popular dan sesuai untuk print t-shirt kerana kainnya tidak panas dan mudah menyerap peluh, serta selesa untuk dipakai. Ianya tidak mudah rosak jika dibasuh dan mudah untuk menghilangkan kotoran. Fabrik ini juga cepat kering berbanding fabrik lain kerana material yang tidak begitu tebal dan pemakai akan sentiasa berasa nyaman. Ia juga tidak memerangkap bau kerana bahan asalnya adalah kapas yang ringan dan halus.
2.Microfiber atau Jersi
Fabrik ini semakin popular kerana materialnya 3 kali ganda lebih halus daripada cotton dan sangat selesa dipakai serta tidak mudah mengembang. Walaupun tidak menyerap peluh, namun ia sering menjadi pilihan ramai pengguna dalam print t-shirt kerana kainnya yang cepat kering dan nipis. Jadi ia sesuai sangat digunakan untuk melakukan aktiviti sukan yang lasak.
3.Lacoste atau CVC
Selain itu, fabrik cvc merupakan campuran polyester dan juga cotton dan dikenali dengan nama Polo dan Honeycomb. Material ini lebih tahan kerana tidak mudah mengembang dan berkedut. Ianya lebih sesuai untuk print T-Shirt formal kerana ada berkolar. Tetapi ia agak kurang selesa untuk dipakai kerana kainnya yang agak panas dan tidak menyerap peluh dengan baik. Jadi tidak ramai yang ingin print T-Shirt menggunakan kain ini.
4.Tetra Cotton (TC)
Jenis material ini lebih menyerap haba dan tidak menyerap peluh sama seperti fabrik Lacoste. Tetra cotton juga diperbuat daripada bahan kain campuran serat polyester dan cotton. Ia sering digunakan untuk membuat T-Shirt sukan sekolah, T-Shirt muslimah, T-Shirt tadika, T-Shirt hari keluarga dan sebagainya. Pelanggan yang mempunyai bajet yang rendah kebiasaannya akan memilih kain ini untuk print T-Shirt kerana ia lebih murah berbanding jenis 100% cotton. Tambahan, ia juga sering menjadi permintaan ramai khususnya kepada kaum muslimah kerana ianya tidak menampakkan bentuk tubuh si pemakai.
Jadi anda boleh fikirkan dahulu material T-Shirt yang lebih sesuai dengan program anda semua sebelum menempah baju di Mafeya Apparel. Bagi memudahkan dan menjimatkan masa, anda boleh hubungi kami di talian 017-2290224 atau dapatkan khidmat nasihat secara percuma di showroom kami yang terletak di Shah Alam, Selangor.
LOKASI SHOWROOM
Mafeya Apparel
TEAM CETAK (Kilang Printing T- Shirt & Embroidery)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9:00 am – 6:00 pm)
Sabtu (9:00 am – 1:00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!