Soalan & Jawapan

1. Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan di Oh! T-Shirt?

Terdapat 2 cara untuk membuat tempahan di Oh! T-Shirt iaitu :

a) Tempahan secara online
– Anda perlu mengisikan maklumat penuh di borang tempahan dan kami akan memberikan sebut harga serta cara pembayaran melalui email.

b) Datang terus ke kedai kami
– Sekiranya anda berada berdekatan di kedai kami di Shah Alam, anda boleh terus datang (walk-in) untuk membuat tempahan.

2. Berapakah harga untuk setiap jenis produk di Oh! T-Shirt?

Harga adalah sangat bergantung kepada :

a) Kuantiti tempahan
– Semakin banyak yang anda tempah, semakin murah harga yang kami boleh tawarkan.

b) Jenis baju
– Sila berikan kod t-shirt / baju yang ingin anda tempah kerana harga untuk setiap jenis baju adalah berlainan.

c) Jumlah warna cetakan / sulaman
– Sila emailkan kepada kami design anda serta beritahu kepada kami sama ada anda ingin membuat cetakan atau sulaman pada t-shirt / baju tersebut.

3. Berapakah kuantiti minimum untuk tempahan t-shirt / baju di Oh! T-Shirt?

Kuantiti minimum untuk tempahan adalah sebanyak 1 helai sahaja.

4. Saya sudah lihat pada e-katalog Oh! T-Shirt, tetapi tiada satu jenis design t-shirt / baju yang saya minati. Bolehkah pihak Oh! T-Shirt membuat t-shirt / baju mengikut design saya sendiri?

Ya boleh, ini dipanggil custom made. Kami boleh menjahit semula t-shirt / baju mengikut design anda sendiri. Kuantiti minimum untuk tempahan pula adalah sebanyak 50 helai untuk jenis custom made.

5. Saya mempunyai t-shirt / baju sendiri, bolehkah saya hantar ke Oh! T-Shirt untuk dicetak atau disulam sahaja?

Ya boleh, tetapi kuantiti minimum adalah sebanyak 30 helai ke atas sahaja.

6. Saya berada di lokasi yang jauh dari Oh! T-Shirt (di Brunei, Sabah & Sarawak), bolehkah pihak Oh! T-Shirt menghantar tempahan saya melalui Pos?

Ya boleh, kami juga selalu membuat penghantaran untuk tempahan ke seluruh Malaysia melalui perkhidmatan Poslaju Malaysia atau Amber Air Freight (ke Brunei, Sabah & Sarawak). Tetapi kos penghantaran akan ditanggung sepenuhnya oleh anda sendiri.

7. Saya mempunyai banyak lagi pertanyaan, bagaimana pihak Oh! T-Shirt boleh membantu saya?

Jika anda mempunyai soalan lagi, sila terus hubungi khidmat pelanggan kami di ohtshirtselangor@gmail.com atau ditalian 03-5523 6785 atau 017-2290994 (Hotline) atau krew khidmat pelanggan kami.

Pelanggan Kami

Antara agensi kerajaan & swasta yang telah menggunakan perkhidmatan Oh! T-Shirt

  • Kerajaan Malaysia
  • Kementerian Belia & Sukan
  • Yayasan Nelayan Malaysia
  • Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Giatmara Malaysia
  • Universiti Teknologi Mara
  • Telekom Malaysia
  • Management & Science University
  • Universiti Selangor
  • Kumpulan Media Karangkraf
  • TV3 Malaysia
  • Sifufbads
  • Malaysia Wedding Festival (MEFA)
  • Lokasi Showroom Kami

    Oh! T-Shirt
    No. 17A, Jalan Kristal K7/K,
    Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

    Waktu Pejabat

    Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
    Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
    Ahad & Cuti Umum – TUTUP

    Hotline

    +6 03 - 5523 6785 (Office)

    Pertanyaan & Sebut Harga
    +6 017 229 0994
    Pertanyaan & Sebut Harga
    +6017 229 0994