Plastisol digunakan sebagai dakwat untuk percetakan skrin ke tekstil. Plastisol adalah dakwat yang paling biasa digunakan untuk industri percetakan pada pakaian, dan sangat sesuai untuk mencetak grafik terang pada kain gelap. Plastisol dapat mengekalkan imej yang terang selama bertahun-tahun dengan penjagaan yang betul.
Plastisol sangat sesuai digunakan untuk kuantiti tempahan yang banyak dan sesuai untuk pemilik jenama yang inginkan hasil cetakan yang cantik,berkualiti dan tahan lama.