Tempahan Baju Korporat Berkualiti Untuk Staff Kerajaan & Swasta
Shah Alam, ibu negeri Selangor, bukan sahaja terkenal sebagai pusat perniagaan yang berkembang pesat, tetapi juga sebagai lokasi utama untuk tempahan baju custom terus dari kilang. Antara permintaan tertinggi ialah baju korporat custom untuk staff kerajaan dan swasta. Bagi memastikan hasil akhir yang kemas, selesa dan menyerlahkan imej organisasi, pemilihan kilang jahit yang berkualiti dan berpengalaman adalah langkah paling penting. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kenapa kilang jahit memainkan peranan besar dalam tempahan baju custom anda serta ciri-ciri yang perlu anda nilai sebelum membuat pilihan.
Apa Yang Perlu Anda Cari Dalam Kilang Jahit Custom?

Proses Rekaan Baju Korporat
Setiap organisasi mempunyai identiti unik dan kilang profesional menawarkan pilihan kolar, kain dan potongan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.
Pilihan Fabrik

Material Berkualiti dan Selesa
Fabrik Viscose (Double Yarn), Mini Drill (comb cotton), T/C Drill, Polyster Gaberdine dan Polity Soft. Pemilihan kain yang tepat adalah sangat penting mengikut keadaan bekerja, sebagai contoh bagi kakitangan yang bekerja di lapangan, mereka memerlukan kain yang mudah kering dan tahan lasak untuk keselesaan sepanjang hari.

Jahitan Kemas & Profesional
Kualiti jahitan mempengaruhi penampilan, jadi pakaian mesti kemas, simetri dan tahan lama bagi mengekalkan imej profesional.

Mampu Siap DalamTempoh Diperlukan
Tempahan program rasmi biasanya ada tarikh akhir dan kilang berpengalaman tahu mengurus pengeluaran dengan efisien tanpa menjejaskan kualiti.

Khidmat Pelanggan yang Mesra & Responsif
Komunikasi berkesan penting untuk kelancaran urusan, dari kelulusan reka bentuk hingga penghantaran, dengan pasukan yang responsif dan mudah dihubungi.
Kemudahan dan Teknologi Canggih
Kilang kami dilengkapi dengan mesin jahit moden yang membolehkan kami bekerja dengan lebih efisien dan pantas. Kami juga menggunakan teknologi terkini untuk memastikan kualiti setiap produk sentiasa berada pada tahap tertinggi. Dengan ruang kerja yang luas dan kakitangan yang berpengalaman, kami berupaya menampung pesanan dalam jumlah besar dan memastikan setiap pelanggan mendapat perhatian yang terbaik.

Kenapa Pilih Oh! T-Shirt?
Sebagai sebuah Kilang Baju Custom yang beroperasi di Shah Alam, kami telah berjaya membantu pelbagai pelanggan daripada jabatan kerajaan, institusi pendidikan serta syarikat swasta dalam menyediakan baju seragam, t-shirt korporat dan pakaian aktiviti yang memenuhi keperluan serta kehendak mereka.
✅ 14 Tahun pengalaman dalam Industri
✅ Khidmat Nasihat Design Percuma
✅ Sizing yang Flexible XS-11XL
✅ Kualiti Dijamin & Harga Berpatutan
✅ Tempahan Terus dari Kilang (Tiada Orang Tengah)
✅ Warranty Disediakan (T&C)
Kami memahami keperluan pelanggan yang memerlukan tempahan siap dalam masa singkat. Oleh itu, kami menawarkan pilihan express order bagi projek yang perlu disiapkan dengan segera.
Dapatkan Sebut Harga Hari Ini
Jika anda sedang mencari kilang jahit baju custom di Shah Alam, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami. Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan pakaian berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan anda. Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan!
Lokasi Showroom Kami
OH! T-SHIRT
21, Jalan Keluli AP7/AP,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 0172290994 (Sale Person)
+603-5523 6690 (Office)
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!