Apa Itu Jersey Sublimation?
Baju korporat sublimation adalah baju custom made yang dihasilkan melalui kaedah sublimation printing. Corak pada baju korporat boleh mengikut design daripada pelanggan atau menggunakan rekaan sedia ada yang disediakan oleh syarikat cetakan baju itu sendiri.
Ciri & Rekaan
Kaedah printing sublimation ini mampu menghasilkan pelbagai corak, warna, rekaan 3D, shadow, ataupun gradient. Selain itu, jersey sublimation juga mendapat perhatian masyarakat kerana sesuai dipakai bukan sahaja ketika formal, malah untuk aktiviti kasual. Tambahan pula, terdapat pelbagai jenis corak boleh dihasilkan!

Kebanyakan baju korporat sublimation akan menggunakan fabrik yang berkualiti. Baju custom made amat sesuai untuk mereka yang ingin menempah dalam kuantiti yang banyak. Anda digalakkan menempah mengikut kuantiti minimun tempahan yang ditetapkan oleh kilang agar harga yang ditawarkan kepada anda berpatutan.
Jangan risau jika anda tiada rekaan tersendiri sebagai rujukan, Mafeya Apparel menyediakan katalog rekaan untuk rujukan pelanggan. Jersey ini dihasilkan sesuai untuk semua peringkat umur, jantina dan saiz badan. Sedia ada untuk lelaki dan perempuan, dewasa sehingga kanak-kanak. Jersey ini selalunya menggunakan fabrik jenis polyester atau microfiber. Fabrik yang digunakan untuk sublimation semestinya selesa dan nyaman untuk anda. tekan tekan link ini untuk lihat Bank Design kami.

Baju korporat sublimation ini menggunakan mesin berteknologi tinggi yang menghasilkan rekaan di atas baju kelihatan cantik dan kemas. Tambahan pula, kebanyakan rekaan pada baju sublimation sentiasa sesuai dan mengikut trending semasa.
Soal harga pula anda tak perlu risau sebab kami merupakan antara kilang yang memberikan harga paling MARHAEN sekali, jika tidak percaya anda boleh rujuk page harga korporat sublimation Murah kami.
Jika anda berminat untuk menempah atau mencari syarikat cetakan baju yang terbaik dan berbaloi, Mafeya mampu menghasilkan untuk anda dengan tawaran yang menarik terus dari kilang. Untuk maklumat lanjut, boleh terus hubungi kami di nombor 017-2290994 atau datang ke showroom kami yang terletak di Shah Alam, Selangor.
LOKASI SHOWROOM
Mafeya Apparel
Oh! T-Shirt ( kilangjahit.com )
21, Jalan Keluli AP7/AP, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.30 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.30 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!