Kolar baju, seperti yang kita tahu ia adalah tambahan kain di bahagian leher baju. Ia dijahit dengan butang dan bukaan hadapan. Sememangnya semua baju yang dipakai akan mempunyai kolar baju.
Di dalam industri tekstil dan fesyen terdapat banyak jenis kolar baju. Kebiasaannya, baju – baju untuk lelaki yang dijual di pasaran menggunakan kolar baju jenis polo dan dipakai bersama tali leher.
Kolar untuk baju jersey
Baju jersey yang kita semua tahu, kebanyakkannya menggunakan kolar roundneck. Kolar yang paling mudah dan ringkas. Roundneck ini memberi kesan selesa pada pemakai labih lagi pada wanita yang berhijab.
Untuk pengetahuan semua, kolar yang digunakan untuk baju jersey bukan sahaja kolar roundneck. Terdapat beberapa jenis kolar baju jersey yang ramai fikir ia tidak sesuai untuk baju jersey.
Kolar Polo
Sering anda akan nampak hanya pada baju kemeja dan t shirt polo untuk dipakai pada hari dan tempat tertentu. Kolar jersey jenis polo ini lebih sesuai untuk para lelaki kerana lebih nampak kemas dan bergaya.
Kolar V Neck
Berbentuk V. Jenis kolar ini mempunyai beberapa jenis antaranya, kolar V neck dan kolar polo V neck . Kolar ini akan membuat leher pemakai nampak kesan lebih panjang. Ia kurang sesuai untuk wanita berhijab kerana bahagian leher yang luas.
Kolar Mandarin
Beberapa jenis yang ada pada kolar mandarin iaitu kolar mandarin butang ataupun kolar mandarin berzip. Leher kolar yang kecil, kolar berdiri dan melekap di sekeliling leher. Ia selalunya dijahit pada jaket askar tetapi sekarang dijadikan sebagai kolar jersey yang unik.
Kolar Insert
Terdapat kain lain yang diletakkan pada bahagian dalam di hujung kolar. Sama ada kolar roundneck atau v neck. Ramai pelanggan akan lebih memilih insert V neck sebagai kolar jersey. Tujuannya adalah untuk memastikan kolar tetap kukuh dan lebih kelihatan kemas.
Setiap jenis kolar yang ada mempunyai kesan dan keselesaan masing – masing kepada pemakai untuk kelihatan lebih menarik. Itu sahaja yang kami akan kongsikan pada artikel kali ini.
Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang jenis kolar, boleh hubungi kami di talian 017-2290994 atau anda ingin lihat sendiri, jemput datang ke showroom kami di Shah Alam.
LOKASI SHOWROOM (Mafeya Apparel)
TEAM CETAK (Kilang Printing T-Shirt & Embroidery)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!