fbpx

Kelebihan Dan Kekurangan Silk Screen Untuk Printing Baju

Silk screen printing merupakan salah satu teknik printing baju yang paling popular dalam industri percetakan pakaian. Teknik ini sering digunakan oleh kilang printing kerana ia sesuai untuk pelbagai jenis fabrik dan mampu menghasilkan cetakan yang kemas serta tahan lama. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tentang kelebihan dan kekurangan silk screen printing supaya anda boleh membuat pilihan terbaik untuk tempahan baju anda.

Kelebihan Silk Screen Printing

Antara kelebihan utama teknik ini ialah kos pengeluaran yang rendah, terutama untuk tempahan kuantiti banyak. Lagi banyak baju yang ditempah, lagi murah harga setiap helai. Hal ini menjadikan silk screen printing pilihan utama untuk event besar, kelab sukan, syarikat korporat, dan sekolah.

Selain itu, teknik ini serasi dengan pelbagai jenis fabrik termasuk cotton, jersey, viscose, dan lain-lain. Tidak semua teknik printing sesuai untuk semua jenis fabrik, tetapi silk screen printing menawarkan fleksibiliti yang luas.

Dari segi ketahanan, cetakan yang dihasilkan biasanya tahan lebih lama, tidak mudah pudar, dan sesuai untuk pemakaian berulang kali.

Kekurangan Silk Screen Printing

Walaupun mempunyai banyak kelebihan, teknik ini juga ada keterbatasan. Salah satunya ialah penggunaan warna yang terhad. Kebiasaannya, cetakan menggunakan 3 hingga 4 warna sahaja. Jika anda mahukan rekaan penuh warna (full colour), teknik seperti sublimation atau heat transfer mungkin lebih sesuai.

Selain itu, proses penghasilan agak mengambil masa kerana setiap warna dicetak secara berasingan dan dilakukan secara manual. Untuk satu tempahan, proses lengkap boleh mengambil masa 2 hingga 3 jam.

 

 

Patutkah Anda Pilih Silk Screen Printing?

Jika anda ingin menempah baju untuk acara besar dengan rekaan ringkas dan tahan lama, silk screen printing adalah pilihan terbaik. Ia menjimatkan kos, serasi dengan pelbagai fabrik, dan hasil cetakannya kelihatan kemas.

Sekiranya anda berminat untuk cetak baju dengan menggunakan keadah Silk Screen printing, anda boleh hubungi kami di talian  017-2290994 atau boleh datang ke showroom kami di Shah Alam, Selangor. Layari laman web kami https://ohtshirt.com.my/ untuk lihat lebih banyak produk custom made dan readymade dari Mafeya Apparel ada.

 

LOKASI SHOWROOM

Oh! T-Shirt (kilangbaju.com)

21, Jalan Keluli AP7/AP,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

WAKTU PEJABAT 

Isnin hingga Jumaat (9:00 am – 6:00 pm)
Sabtu (9:00 am – 1:00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP

HOTLINE

+6 03 – 5523 6690 (Office)

 

 

0 Comment

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Pelanggan Kami

Antara agensi kerajaan & swasta yang telah menggunakan perkhidmatan Oh! T-Shirt

  • Kerajaan Malaysia
  • Kementerian Belia & Sukan
  • Yayasan Nelayan Malaysia
  • Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Giatmara Malaysia
  • Universiti Teknologi Mara
  • Telekom Malaysia
  • Management & Science University
  • Universiti Selangor
  • Kumpulan Media Karangkraf
  • TV3 Malaysia
  • Sifufbads
  • Malaysia Wedding Festival (MEFA)
  • Lokasi Showroom Kami

    OH! T-SHIRT
    21, Jalan Keluli AP7/AP,
    Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

    Waktu Pejabat

    Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
    Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
    Ahad & Cuti Umum – TUTUP

    Hotline

    +6 0172290994 (Office)

    Pertanyaan & Sebut Harga
    +6 017 229 0994
    Pertanyaan & Sebut Harga
    +6017 229 0994