Perkongsian kali ini, kami akan berkongsi tentang plastisol printing. Plastisol printing ini adalah dakwat yang digunakan untuk cetak baju daripada skrin ke material tekstil.
Dakwat plastisol printing ini diperbuat daripada PVC (polyvinyl chloride) dan juga plasticizers, bahan yang terkandung di dalam plastisol printing membuatkan dakwatnya menjadi lebih tebal dan legap berbanding dakwat berasaskan air. Plastisol printing adalah dakwat yang sering digunakan di kilang baju.
Kaedah Plastisol Printing
Kaedah untuk menggunakan dakwat plastisol printing ini adalah dengan menggunakan skrin untuk cetak baju.
Seterusnya meletakkan dakwat plastisol pada skrin untuk menghasilkan grafik pada baju.
Tujuan skrin cetak adalah untuk membentuk rekaan grafik seperti logo atau sebagainya.
Dakwat plastisol yang berwarna pula adalah untuk diletakkan keatas skrin cetak supaya dapat cetak baju.
Selepas proses cetak baju, dakwat plastisol yang telah digunakan perlulah disetkan atau dikeringkan dengan haba supaya dakwat plastisol itu kekal.
Kelebihan Plastisol Printing
Antara kelebihan yang ada pada plastisol printing ini adalah ia tidak akan menyebabkan blok tersumbat selepas proses cetak baju, jika sisa dakwat plastisol ditinggalkan pada skrin blok. Tambahan, plastisol printing boleh cetak baju pada semua jenis material kain. Juga, sesuai dalam cetakan grafik yang terang pada pakaian berwarna gelap.
Dakwat plastisol adalah dakwat yang lebih murah dan menjadi pilihan yang terbaik jika ingin mengurangkan kos perbelanjaan.
Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan di Mafeya Apparel, anda boleh hubungi kami di talian 017-2290224 atau boleh datang ke showroom kami di Seksyen 7, Shah Alam.
LOKASI SHOWROOM
Mafeya Apparel
Team Cetak ( Kilang Printing T-Shirt& Embroidery )
32A Jalan Kristal J7/J
Seksyen 7 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.30 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.30 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!